Thursday, October 6, 2011

Fikir Sahaja Apa Yang Kita Mahu....Bukannya Apa Yang Tidak Mahu...

Alhamdulillahirabbil'alamin.....
segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir sekalian alam....

syukur Ya Allah...
di saat aku berperang dgn "serangan" yg mula dtg kembali....
aku diberi hidayah utk mnemui & membc artikel yg kau titipkan buat diri ini yg lemah & mudah putus asa....

"Fikir Sahaja Apa Yang Kita Mahu"-credit to iluvislam.com....
http://www.iluvislam.com/inspirasi/motivasi/3681-fikir-sahaja-apa-yang-kita-mahu.html

terase giler dr ini adalah "si pesakit" yg tdk sakit itu....ubatnya hanya perlu berkata & positif pd dr "SAYA HENDAK SIHAT"....yeah..itulah yg aku selalu bisikkan dlm dr...mudah2an itu dpt jd ubat plg mujarab buat ak setiap kali aku diuji....Ya Allah, bantulah aku utk mnjd positif dgn kehidupan bertuhan....mudah2an aku dpt mencapai matlamat sebenar hidupku sbg bekalan hidupku yg kekal di sana....

InsyaAllah ju....

kuat semangat,yakin,ceria,bahagia,tawakal,sabar,redha & bersyukur.....

jgn pernah give up!!...
kebahagiaan sdg mmntmu....
jdlah hambaNYA yg bersyukur....

Ya Allah, bantulah diri ini agar sentiasa berada pd jalanMu....
peliharalah diri ini dr gangguan@kekacauan perkara2 "negative"....amin~~

Monday, October 3, 2011

utk suamiku....~~



Isteri cerdik yang solehah....
Penyejuk mata, penawar hati dan penajam fikiran,
Di rumah dia isteri,di jalanan kawan,
Di waktu kita buntu,dia penunjuk jalan,

Pandangan kita diperteguhkan,
Menjadikan kita tetap pendirian,
Ilmu yang diberi dapat disimpan olehnya,
Apabila kita lupa dialah yang mengingatkan,

Nasihat kita dijadikan pakaian baginya,
Silap kita dia betulkan,
Dialah penghibur di waktu kita kesunyian,
Terasa ramai bila bersamanya,

Dia umpama tongkat si buta,
Bila tiada satu kehilangan,
Dia ibarat simpanan ilmu,
Semoga kekal untuk diwariskan..


abg...org nk jd mcm kt atas ni....:)

Doa Isteri Solehah~

Ya Allah..
Kau ampunilah dosaku yang telah ku lakukan,
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas,
Kau berikanlah aku kekuatan mental,
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan,
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista,
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran-Mu,
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan..



Ya Allah..

Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di arash,
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya,
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku di titian-Mu,
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya,
Sekiranya suamiku ini adalah bidadara untukku di jannah-Mu,
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya,
Sekiranya suamiku ini adalah yang terbaik untukku di dunia-Mu,
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya,
Sekiranya suamiku ini jodoh yang dirahmati oleh-Mu,
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya..



Tetapi Ya Allah..

Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang,
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan-Mu,
Sekiranya suamiku tergoda dengan keindahan dunia-Mu,
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya,
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan,
Kurniakanlah aku kekuatan-Mu untuk aku memperbetulkan keadaannya,
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan,
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena..



Ya Allah..
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku,
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku,
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan,
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai,
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri,
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhirat-Mu,
Sekiranya aku ingkar dan derhaka,
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat-Mu..



Ya Allah..
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk Mu,
Aku buta tanpa bimbingan Mu,
Aku cacat tanpa hidayah Mu,
Aku hina tanpa Rahmat Mu..



Ya Allah..
Kuatkan hati dan semangatku,
Tabahkan aku menghadapi segala cubaan-Mu,
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami,
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama-Mu,
Bimbinglah aku menjadi isteri solehah..



Hanya pada Mu, Ya Allah..
Ku pohon segala harapan,
Kerana aku pasrah dengan dugaan-Mu,
Kerana aku sedar hinanya aku,
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru,
Kerana aku leka dengan keindahan dunia-Mu,
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran-Mu,
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian-Mu..



Ya Allah Tuhanku..
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati,
Isteri yang dikasihi,
Isteri yang solehah,
Isteri yang sentiasa dihati suamiku..



Amin, Ya Rabbi Allamin..:)